Karnival Kahwin-kahwin Kedah

dadasdadad

Isnin, 20 Februari 2012

OKU

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
A.
Pendaftaran dan Kad Kenal Diri
 Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
  
B.
Bantuan Alat Tiruan/Otortik
 Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan (assistive Devices) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain perlatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.
  
C.
Geran Pelancaran
 Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri/perniagaan kecil/pertanian.
  
D.
Elaun Pekerja Cacat
 Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan dan sebagai perangsang.insentif bagi menggalakkan OKU untuk terus bekerja.
  
E.
Bengkel Terlindung
 Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/sektor atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.
  
F.
Latihan Kemahiran Vokasional
 Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - Kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur 18 - 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.
  
G.
Kemasukan Ke Insitusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan)
 Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan dan rekreasi dan aktiviti luar.
  
H.
Pemulihan Dalam Komuniti i(PDK)
 PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

 
Design by Mesra Web | 5, Tkt 1, Taman Enggang, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar. Tel/fax: 04-7322488